Pada zaman raja-raja Melayu masih berkuasa, di sekitar Sumatera Utara yang terdiri daripada beberapa kerajaan, seperti Deli, Serdang, Asahan, Binjai,Langkat dan lain-lain, telah banyak melahirkan ulama besar yang keilmuan dan kemasyhuran namanya menjangkau ke seluruh dunia Melayu. Di antara ulama-ulama yang berasal dari daerah tersebut adalah Syeikh Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali.
Sosok yang memiliki nama populer Syeikh Hasan Ma’shum ini lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937. Ayahnya, Muhammad Ma’shum juga seorang ulama asal Aceh sebelum berpindah ke Deli.
Syeikh Ma’shum termasuk tokoh ulama Kaum Tua yang membantah keras pendapat sahabatnya, Dr Syeikh Abdul Karim Amrullah (tokoh Kaum Muda). Polemik tersebut terkait pemikiran Ibnu Taimiyah yang disampaikan Haji Abdul Karim Amrullah. Bahkan polemik ini melibatkan guru keduanya, yaitu Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau.
Syeikh Ma’shum setelah umur 10 tahun belajar ke Mekah. Di antara guru-gurunya adalah Syeikh Abdus Salam Kampar, Syeikh Ahmad Khaiyath dan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau. Syeikh Ma’shum sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Setelah pulang dari Mekah, ia dilantik sebagai Mufti kerajaan Deli oleh Sultan Ma’mun ar-Rasyid, Sultan Deli.
Menurut riwayat, Syeikh Ma’shum cukup produktif dalam menulis. Di antara buku karangannya adalah al-Quthufat as-Saniyah. Buku ini dicetak pertama kali oleh Al-Mathba’ah Al-Miriyah Al-Kainah, Mekah pada 1333 H. Buku ini juga mendapat pujian dari dua gurunya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Qadir Shabir al-Mandaili.
Karya Syeikh Ma’shum yang kedua adalah berjudul Beberapa Masail, cetakan yang kedua oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, pada 16 Muharram 1348 H/24 Jun 1929. Kandungannya menyoal penyangkalan 19 perkara yang dilemparkan oleh Kaum Muda yang dianggap bid’ah oleh mereka.
Sembilan belas perkara itu misalnya saja tentang niat shalat yang diucapkan, membaca talkin, mengaji di kubur, berdiri ketika marhaban, mempercayai ulama, lafaz Saidina dalam salawat, qada sembahyang, mengangkat tangan ketika qunut, ziarah makam Nabi Muhammad, membaca al-Quran untuk orang mati, fidyah sembahyang, dan ziarah kubur.
Murid-murid para ulama seangkatan Syekih Ma’shum merupakan pengikut Ahlusunnah wal Jamaah yang kemudian mendirikan Persatuan Tarbiyah Islamiyah (Perti), sebuah organisasi massa Islam nasional yang berbasis di Sumatera Barat (Minangkabau) yang berdiri pada 20 Mei 1930.
Para ulama Sumatera Utara termasuk juga Syeikh Hasan Ma’shum dan para ulama lain yang bergabung dalam Perti sangat menentang golongan tajdid, sebuah paham mazhab yang dibawa ke Minangkabau oleh sahabat-sahabat mereka juga.
Di antara tokoh tajdid di Minangkabau adalah Dr. Haji Abdul Karim Amrullah (ayah Prof. Dr. Hamka). Ia mendapat tentangan hebat dari sahabatnya, Syeikh Ma’shum. Dalam polemik antara Haji Abdul Karim Amrullah dengan Syeikh Ma’shum, ternyata Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau membenarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Syeikh Ma’shum.
Syeikh Ahmad Khatib dalam tulisannya menyatakan juga bahwa muridnya Haji Abdul Karim Amrullah beranggapan bahawa orang lain tidak pernah paham dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ibnu Taimiyah, padahal menurut Syeikh Ahmad Khatib, para ulama telah meneliti beberapa karangan Ibnu Taimiyah, ternyata terdapat kelemahan-kelemahan, maka golongan ulama Syafi`iyah dan ulama-ulama lainnya menolak hujah-hujah Ibnu Taimiyah itu.
Syeikh Ahmad Khatib bahkan sempat menegur kepada muridnya Haji Rasul Amrullah. Sewaktu terjadi polemik antara Haji Rasul Amrullah dengan Syeikh Ma’shum tentang niat shalat “Ushalli”. Syeikh Ahmad Khatib menulis sepucuk surat kepada muridnya Syeikh Ma’shum (Kaum Tua) dan menolak fahaman Haji Rasul Amrullah (Kaum Muda).
Ternyata Syeikh Ahmad Khatib tidak menyokong Haji Rasul Amrullah. Pada konteks ini Buya Hamka menulis, “Maka datanglah balasan dari Mekah! Syeikh Ahmad Khatib rupanya agak marah kepada ayahku, mengapa soal itu dibuka. Lalu Hamka menguatkan lebih baik Ushalli juga dipakai. [fathur-bbs]
